Skip to main content

Dunia

Lebih 2,000 pelancong dipindahkan dari Lombok ekoran gempa yang mengorbankan 98 orang

Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter di pulau peranginan Lombok, Indonesia pada Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya 98 orang terkorban dan para pelancong berbondong-bondong meninggalkan kawasan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 2,000 pelancong dipindahkan dari Lombok ekoran gempa yang mengorbankan 98 orang

Kerosakan akibat gempa bumi di Lombok pada 5 Ogos (Gambar: Facebook/K Shanmugam)

Diterbitkan : 07 Aug 2018 10:32AM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 10:35AM

PEMENANG, INDONESIA: Para penyelamat terpaksa menggunakan mesin pengorek untuk memindahkan sisa runtuhan dan mencari mangsa-mangsa yang terselamat ekoran satu gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter di pulau peranginan Lombok, Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 98 orang terkorban dan para pelancong berbondong-bondong meninggalkan kawasan tersebut.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) menjangkakan angka kematian akan meningkat sebaik saja serpihan dari 13,000 rumah yang ranap dibersihkan ekoran dua gempa kuat dalam seminggu.

Bekalan elektrik dan perhubungan terputus di beberapa kawasan akibat tanah runtuh dan jambatan roboh yang menghalang laluan di kawasan-kawasan sekitar pusat gempa di utara.

Pasukan tentera menyatakan, ia akan mengerahkan sebuah kapal yang membawa bantuan perubatan, bekalan dan sokongan logistik.

Para pegawai berkata, lebih 2,000 orang dipindahkan dari tiga pulau di Gili di pesisir barat laut Lombok di mana tersebar kebimbangan satu lagi kejadian tsunami.

Jurucakap BNPB Sutopo Purwo Nugroho berkata, unit-unit kecemasan di hospital-hospital tidak dapat lagi menampung pesakit yang sebahagiannya perlu dirawat di tempat-tempat letak kenderaan.

Hospital utama di bandar Tanjung di utara musnah teruk sehingga para kakitangan terpaksa menempatkan sekitar 30 katil hospital di bawah teduhan pokok dan khemah di sebuah padang untuk merawat mereka yang cedera.

Lombok sudahpun digegarkan gempa berukuran 6.4 pada skala Richter 29 Julai lalu yang mengorbankan 17 orang dan menyebabkan beratus-ratus pendaki terkandas di sebuah gunung berapi.

Pada ukuran 6.9, gempa Ahad lalu melepaskan tenaga lebih lima kali ganda gempa sebelumnya, menurut lelaman Jabatan Geologi Amerika Syarikat.

Gempa tersebut cukup kuat sehingga kesannya dapat dirasakan di pulau kejiranan Bali di mana menurut BNBP, dua orang terkorban.  

Sumber : Reuters/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita