Lebih 19.5 juta jemaah luar negara tunaikan Haji, Umrah pada 2025; peningkatan 114 peratus
Anggaran Waktu Membaca:
Para jemaah di Kaabah, Makkah. (Gambar: Saudi Gazette)
- Lebih 19.5 juta jemaah antarabangsa menunaikan Haji dan Umrah di Arab Saudi pada 2025, dengan peningkatan ketara jemaah Umrah berbanding 2022.
- Program Khidmat Tetamu Allah melaksanakan 87 inisiatif bersama lebih 60 pihak, mencapai kadar pematuhan 100 peratus dan melibatkan lebih 184,000 sukarelawan.
- Tahap kepuasan jemaah Haji dan Umrah melebihi 90 peratus, manakala Raudhah Al-Sharif menerima lebih 16 juta pengunjung dengan kepuasan meningkat kepada 88 peratus.
- Arab Saudi mengeluarkan 15.03 juta visa, majoritinya untuk Umrah, dengan Pakistan, Indonesia dan Mesir sebagai penerima utama, selaras usaha mempertingkatkan perkhidmatan digital dan pengalaman jemaah.
RIYADH: Lebih 19.5 juta jemaah dari luar negara mengunjungi Arab Saudi untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah sepanjang 2025.
Jumlah itu merangkumi 18.03 juta jemaah Umrah dan 1.5 juta jemaah Haji, menurut laporan tahunan Program Khidmat Tetamu Allah (Doyof Al-Rahman).
Menurut laporan Saudi Gazette, jumlah jemaah Umrah itu meningkat 114 peratus berbanding 2022.
Arab Saudi turut mencatatkan pencapaian dalam kedudukan antarabangsa, dengan Makkah menduduki tangga kelima dunia dalam kalangan bandar yang menerima jumlah pelawat antarabangsa tertinggi.
Madinah pula menduduki tangga ketujuh dunia dalam indeks prestasi pelancongan.
Pencapaian itu didedahkan dalam laporan tahunan 2025 Program Khidmat Tetamu Allah, salah satu program yang ditubuhkan bagi mencapai Wawasan Saudi 2030.
Menurut laporan bertajuk "Honor and Impact" itu, pencapaian tersebut mencerminkan tahap kesiapsiagaan sistem dan kecekapan perkhidmatan yang disediakan kepada para jemaah.
TAHAP KEPUASAN JEMAAH KEKAL TINGGI
Meskipun jumlah jemaah terus meningkat, tahap kepuasan kekal tinggi.
Tahap kepuasan jemaah Haji mencapai 91 peratus manakala bagi jemaah Umrah pula 94 peratus, melepasi sasaran Wawasan Saudi 2030 bagi kedua-dua petunjuk tersebut.
Raudhah Al-Sharif di Masjid Nabawi pula menerima lebih 16 juta pengunjung sepanjang 2025.
Tahap kepuasan pengunjung meningkat kepada 88 peratus, berbanding 57 peratus pada 2022.
Program Khidmat Tetamu Allah turut melaksanakan 87 inisiatif pada 2025 dengan kerjasama lebih 60 pihak pelaksana.
Menurut laporan itu, kesemua inisiatif tersebut mencapai kadar pematuhan pelaksanaan 100 peratus.
Jumlah tapak bersejarah dan destinasi budaya yang disediakan untuk dikunjungi di Makkah dan Madinah pula meningkat kepada 87, dengan lebih 55 juta kunjungan dicatatkan.
Lebih 184,000 sukarelawan lelaki dan wanita turut terlibat dalam memberikan khidmat kepada para jemaah sepanjang tahun tersebut.
15.03 JUTA VISA DIKELUARKAN
Dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan digital, sebanyak 15.03 juta visa bagi tujuan Umrah, lawatan dan tujuan lain dikeluarkan sepanjang 2025.
Visa Umrah membentuk 83 peratus daripada jumlah tersebut.
Pakistan, Indonesia dan Mesir merupakan tiga negara yang menerima jumlah visa Umrah tertinggi.
Menurut laporan itu, pencapaian tersebut mencerminkan usaha bersepadu Arab Saudi untuk memudahkan perjalanan para jemaah dan meningkatkan pengalaman mereka.

Sumber : Agensi berita/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.