Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 18 tan makanan, minuman diselamatkan di Bazar Ramadan seluruh M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
IPOH: Sejumlah 18,276.89 kilogram makanan dan minuman berjaya diselamatkan daripada peniaga Bazar Ramadan di seluruh negara melalui pelaksanaan kempen MySaveFood @ Ramadan 2023 sehingga Selasa.

Pada masa yang sama, kesemua makanan itu dapat diedarkan kepada golongan yang memerlukan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh memberitahu Astro AWANI bahawa kempen itu dapat menyelesaikan dua masalah sekali gus.

Menurutnya, dua masalah itu adalah mengelakkan pembaziran dan membantu golongan yang memerlukan makanan.

“(Makanan dan minuman) diselamatkan dan diberikan kepada yang memerlukan sebab mereka tak beri pada masjid atau rumah anak yatim, sebab memang selalu ada lambakan di bulan Ramadan di situ.

“Apa yang mereka buat ialah mencari orang-orang yang memerlukan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah di Bazar Ramadan Taman Cempaka pada Selasa (11 Apr).

Menurut Cik Fuziah, selain itu, pihak KPDN sendiri telah bekerjasama dengan dua buah hotel dan berjaya menyelamatkan hampir 800 bungkusan makanan.

Katanya kepada Astro AWANI, bungkusan makanan itu kemudiannya diagihkan kepada penuntut yang memerlukan.

Beliau berharap kempen itu dapat diteruskan pada masa akan datang, bukan sahaja ketika bulan Ramadan.

Sementara itu, beliau memberitahu, kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah dijangka dapat diselesaikan Jun ini.

Menurutnya lagi, selepas itu, barulah kementerian akan mengumumkan sebarang bentuk inisiatif yang mungkin akan diberikan di bawah Payung Rahmah.

Awal dari itu, Menteri KPDN Salahuddin Ayub berkata, pihak kementerian perlu diberi ruang untuk membuat kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah sebelum mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat oleh pihak tertentu.

Menurutnya, kementerian itu memerlukan fakta atau data yang tepat sebelum suatu keputusan dilakukan terhadap inisiatif berkenaan.
Sumber : Agensi berita/AW/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan