Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 1,500 kes baru COVID-19 di China, tertinggi dalam dua tahun; datuk bandar Jilin dipecat

Anggaran Waktu Membaca:

SHANGHAI: Tanah Besar China melaporkan lebih 1,500 jangkitan tempatan baru COVID-19 pada Sabtu (12 Mac), tertinggi sejak mulanya pandemik pada 2020, lapor Reuters. Penularan varian Omicron telah memaksa bandar-bandar di seluruh negara itu mengetatkan lagi sekatan.

588 kes harian yang dicatatkan di China jauh lebih rendah berbanding banyak negara lain, namun jumlahnya yang semakin meningkat merumitkan impian Beijing untuk mengekang penularan virus itu secepat mungkin.

China melaporkan 1,048 jangkitan tempatan tanpa gejala pada Jumaat(10 Mac). Namun, China tidak mencatat kes sedemikian sebagai sah COVID-19, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Beberapa bandar sudah mengambil langkah seperti membatalkan acara berkumpulan, melancarkan ujian besar-besaran dan menghentikan kelas bersemuka di sekolah.

Wilayah timur laut Jilin, salah satu wilayah yang paling teruk terjejas, menyatakan Datuk Bandar dan seorang ketua daerah ibu kota Changchun itu sudah dipecat.

Bandar Changchun dan Jilin mengarahkan semua perniagaan kecuali yang penting supaya menghentikan operasi dan melarang 9 juta penduduk daripada meninggalkan kediaman mereka bagi urusan tidak penting.

Dalam satu mesyuarat pasukan bertindak COVID-19 China, pada Jumaat (11 Mac) semua kawasan diarah mengetatkan langkah pencegahan dan kawalan, dan menganggapnya sebagai tugas politik utama mereka.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan