Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 150 maut dalam rempuhan semasa sambutan Halloween di Seoul

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 150 maut dalam rempuhan semasa sambutan Halloween di Seoul

Keadaan di daerah hiburan malam Itaewon di Seoul, Korea Selatan menyusuli rempuhan pada 29 Okt 2022 yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 149 orang. (Gambar: AFP/Jung Yeon-je)

Diterbitkan : 30 Oct 2022 08:47AM Dikemas Kini : 30 Oct 2022 03:24PM
SEOUL: Sekurang-kurangnya 150 orang maut dan sekitar 150 lagi cedera dalam rempuhan di Seoul, Korea Selatan, pada sebelah malam Sabtu (29 Okt) semasa satu acara sempena Halloween.

Rempuhan tersebut berlaku di daerah Itaewon iaitu sebuah kawasan hiburan malam utama di ibu kota Korea Selatan itu.

Menurut laporan-laporan tempatan, sekitar 100,000 pengunjung menyambut Halloween pada malam itu, dengan orang ramai bersesak-sesak di lorong-lorong kecil dan jalan yang berliku-liku di kawasan tersebut. Kebanyakan daripada pengunjung di kawasan itu sedang memakai kostum Halloween ketika insiden berlaku.

Menurut pihak berkuasa, kebanyakan mangsa tersebut terdiri daripada wanita berusia 20-an tahun.

Ketua pasukan bomba tempatan berkata angka korban menyusuli insiden itu mungkin bertambah akibat kecederaan teruk yang dialami sesetengah mangsa.

Sebelum rempuhan berlaku, para saksi di tempat kejadian menggambarkan suasana huru-hara ketika polis bergelut untuk mengawal orang ramai.

Gambar-gambar dikongsikan oleh agensi berita AFP menunjukkan berpuluh-puluh mayat yang bergelimpangan di kaki lima diselubungi dengan cadar.

Sementara itu, para pekerja perkhidmatan kecemasan mengusung mayat-mayat lain ke dalam ambulans.

Acara sempena Halloween itu adalah yang pertama diadakan sejak larangan-larangan ketat bagi membendung COVID-19 digugurkan.
Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan