Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 147,000 jemaah haji sudah tiba di Madinah

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 147,000 jemaah haji sudah tiba di Madinah

(Gambar: Amer Hilabi/AFP)

Diterbitkan : 20 Jun 2022 08:17AM Dikemas Kini : 20 Jun 2022 08:17AM

MADINAH: Seramai 147,094 jemaah dari pelbagai negara sudah tiba di Madinah menerusi laluan udara dan darat setakat Sabtu (18 Jun) untuk menunaikan ibadah Haji tahun ini. 

Data mengenai jemaah yang tiba dan berangkat dari Madinah yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menunjukkan bahawa 136,007 jemaah sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah sejak ia menyambut ketibaan penerbangan Haji pertama sehingga Sabtu malam (18 Jun). 

Pusat imigresen darat menyambut kedatangan 11,087 jemaah yang tiba di Madinah melalui jalan darat, menurut laporan Saudi Gazette yang memetik agensi berita Saudi Press Agency (SPA). 

Data tersebut turut menunjukkan kerakyatan jemaah di Madinah, dengan jemaah warga Indonesia membentuk bilangan paling banyak seramai 26,304, diikuti oleh warga India dengan 21,790, Pakistan seramai 9,383 jemaah, Bangladesh dengan 8,680 dan Iran pula dengan 6,326 jemaah. 

Seramai 49,388 jemaah sudah berangkat dari Madinah sepanjang beberapa hari yang lalu untuk meneruskan perjalanan mereka ke tapak-tapak suci di Makkah di mana terdapat 97,690 jemaah dari pelbagai negara.

Pihak-pihak berkepentingan di Madinah sudahpun mengerahkan kesemua pegawai mereka untuk menyambut kedatangan jemaah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin AbdulAziz dan pusat imigresen untuk menerima ketibaan jemaah melalui jalan darat untuk menunaikan ibadah Haji tahun ini. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa