Lebih 14,400 penerbangan tertangguh, dibatalkan di Amerika Syarikat dek cuaca musim sejuk
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
NEW YORK: Campuran salji dan ais melanda wilayah timur laut Amerika Syarikat awal Sabtu (27 Dis).
Ia menjejas pergerakan penerbangan pada hujung minggu selepas cuti perayaan serta mendorong pihak berkuasa di New York dan New Jersey mengisytiharkan keadaan darurat. Ini meskipun ribut mula reda.
Penduduk di kebanyakan kawasan Timur Laut dinasihatkan supaya tidak menggunakan jalan raya berikutan keadaan yang berbahaya dan keadaan darurat diisytiharkan di New York dan New Jersey.
“Ia adalah keutamaan utama saya untuk memastikan keselamatan penduduk New York dan saya terus menggesa agar semua pihak berhati-hati sepanjang tempoh ribut ini,” kata Gabenor New York, Kathy Hochul dalam satu kenyataan.
Menjelang awal pagi Sabtu (27 Dis), kira-kira 15 hingga 25 sentimeter salji turun di kawasan Syracuse di tengah New York hingga Long Island di tenggara negeri itu, serta di Connecticut, kata Bob Oravec, pakar meteorologi dari Pusat Ramalan Cuaca Perkhidmatan Kaji Cuaca Negara berhampiran Washington, DC.
Bandar Raya New York menerima lebih lima hingga 10 sentimeter salji semalaman, dengan hampir 11 sentimeter direkodkan di Central Park, kata Oravec — jumlah tertinggi sejak 2022.
“Berita baiknya adalah salji paling lebat telah berakhir,” katanya.
“Hanya sedikit salji halus yang masih turun pagi ini dan ia dijangka reda menjelang petang.”
Namun, kesannya masih dirasai oleh para pelancong.
Lebih 14,400 penerbangan domestik di Amerika Syarikat pada Sabtu (27 Dis) dibatalkan atau ditangguhkan setakat pertengahan pagi, dengan kebanyakannya melibatkan kawasan New York, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, Lapangan Terbang LaGuardia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, menurut laman penjejakan FlightAware.
Sebanyak 2,100 lagi penerbangan antarabangsa yang dijadualkan berlepas atau mendarat di Amerika Syarikat pada Sabtu turut dibatalkan, lapor FlightAware.
Wakil daripada syarikat-syarikat penerbangan American Airlines, United Airlines dan JetBlue Airways memberitahu agensi berita Reuters bahawa syarikat penerbangan berkenaan mengecualikan bayaran perubahan tempahan yang biasanya dikenakan, bagi membantu penumpang yang terjejas akibat gangguan berkaitan cuaca.
Amaran ribut ais dan nasihat cuaca musim sejuk turut dikeluarkan bagi kebanyakan kawasan di Pennsylvania dan sebahagian besar Massachusetts.
New Jersey dan Pennsylvania juga mengenakan sekatan ke atas kenderaan komersil di beberapa jalan raya, termasuk banyak lebuh raya antara negeri.
“Ribut ini akan menyebabkan keadaan jalan raya berbahaya dan menjejaskan perjalanan musim perayaan,” kata pemangku Gabenor New Jersey, Tahesha Way, dalam satu kenyataan.
“Kami menggesa para pengembara supaya mengelakkan perjalanan semasa ribut dan memberi ruang kepada pasukan penyelenggaraan untuk menangani keadaan jalan.”

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.