Skip to main content

Dunia

Lebih 14,000 penerbangan dibatalkan ekoran ribut musim sejuk di Amerika

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 14,000 penerbangan dibatalkan ekoran ribut musim sejuk di Amerika
Jalan raya di Dallas yang diliputi salji. (Gambar: AP)
Diterbitkan : 25 Jan 2026 12:19PM Dikemas Kini : 25 Jan 2026 12:20PM
ISTANBUL: Lebih 14,000 penerbangan di seluruh Amerika Syarikat dibatalkan sehingga Isnin (26 Jan) setelah ribut musim sejuk diramal paling dahsyat dalam sejarah negara itu menjejas perjalanan udara, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang merujuk kepada data perkhidmatan penjejakan penerbangan.

Data FlightAware menunjukkan sebanyak 3,898 pembatalan dicatatkan pada Sabtu, dengan 8,822 lagi dijangka pada Ahad manakala tambahan 1,549 pembatalan pada Isnin. Lebih 3,004 kelewatan turut direkodkan pada Sabtu (24 Jan).

Berjuta-juta penduduk di seluruh Amerika Syarikat kini berdepan situasi darurat apabila ribut itu dijangka menjejas kawasan Barat Daya hingga Timur Laut bermula Sabtu (24 Jan).

Jabatan Cuaca Negara memaklumkan bahawa salji lebat akan melanda dari Oklahoma hingga selatan Maine, manakala “hujan sejuk beku dan slit yang meluas” diramal berlaku di kawasan Selatan dan Tenggara Amerika Syarikat.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini memberi amaran tentang “gelombang sejuk yang memecahkan rekod” dijangka melanda puluhan negeri.

Presiden Trump meluluskan pengisytiharan darurat bagi 12 negeri, sementara sekurang-kurangnya 22 negeri dan Washington, DC turut mengisytiharkan darurat.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita