Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 14,000 jemaah haji sudah berangkat dari Madinah ke Makkah

Anggaran Waktu Membaca:

MADINAH: Seramai 14,093 jemaah dari pelbagai negara berangkat dari Madinah pada Isnin (27 Jun) untuk ke tapak suci di Makkah bagi menunaikan ibadah Haji. 

Agensi berita Saudi Press Agency (SPA) menyaksikan bas-bas yang membawa jemaah haji dari pusat yang memantau penghantaran para jemaah haji dan umrah.

Aturan itu dilaksanakan oleh pelbagai pihak berkepentingan sebagai sebahagian daripada rancangan operasi bagi haji di Madinah di bawah pengawasan jawatankuasa haji dan ziarah di rantau tersebut. Ia turut berada di bawah penyeliaan Kementerian Haji dan Umrah berhubung aliran jemaah. 

Bas pengangkutan jemaah merupakan khidmat menyeluruh yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada program tindakan tepat, lapor Saudi Gazette. 

Program itu bertujuan untuk memudahkan pengangkutan jemaah ke tempat penginapan mereka, mengikut jadual yang sudah ditetapkan, sejurus mereka tiba di Miqat Thi Al-Halifah atau pusat penghantaran, sebelum berangkat langsung ke Makkah melalui Lebuh Raya Hijrah dengan diiringi semua perkhidmatan keselamatan, kesihatan serta ambulans. 

Ini selain perkhidmatan panduan arah bagi bas-bas sewaktu proses penghantaran jemaah haji yang bermula awal pagi, dengan khidmat terakhir pada 6.00 petang. 

Agensi Ziarah Kementerian Haji dan Umrah mencatatkan 953 keberangkatan dari tempat penginapan jemaah haji sejak permulaan musim haji tahun ini, manakala jumlah jemaah yang berangkat dari Madinah ke Makkah baru-baru ini adalah seramai 205,049 jemaah.

Khidmat penghantaran jemaah berterusan hingga Khamis (30 Jun).

Setakat Isnin (27 Jun), seramai 299,911 jemaah asing dari pelbagai negara sudah tiba di Madinah, menerusi laluan udara dan darat untuk mengerjakan haji.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan