Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 140 pelarian Rohingya tiba di Sumatera Utara, Indonesia

Lebih daripada 140 pelarian Rohingya telah tiba di wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada hujung minggu lalu, sekali gus menambah kepada lonjakan golongan pelarian itu di negara berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 140 pelarian Rohingya tiba di Sumatera Utara, Indonesia

Orang ramai berteduh di bawah khemah selepas tiba di Kuala Besar, Sumatera Utara, Indonesia pada 31 Disember 2023. (Gambar: AP)

JAKARTA: Lebih daripada 140 pelarian Rohingya telah tiba di wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada hujung minggu lalu, sekali gus menambah kepada lonjakan golongan pelarian itu di negara berkenaan.

Demikian menurut agensi berita Antara hari ini (1 Jan).

Menurut laporan Antara yang menukil seorang pegawai polis, kumpulan pelarian itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak, tiba di kawasan Deli Serdang di Sumatera Utara dengan menaiki bot pada lewat Sabtu (30 Dis).

Pada minggu lalu, tentera Indonesia menyatakan kapal tentera lautnya telah menghalau sebuah bot yang membawa pelarian Rohingya di kawasan perairan jauh di utara Sumatera.

Menurut data daripada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR), lebih daripada 1,500 pelarian Rohingya telah tiba di Indonesia sejak November lalu.

Selama bertahun-tahun golongan tersebut telah meninggalkan Myanmar, di mana mereka dianggap sebagai penceroboh asing dari Asia Selatan dan dinafikan hak kewarganegaraan dan mengalami penderaan.

Mereka lazimnya akan meninggalkan Myanmar untuk ke Indonesia atau negara jiran Malaysia antara November hingga April, di mana keadaan laut lebih tenang.

Indonesia, yang merupakan negara dengan majoriti penduduk Muslim yang terbesar di dunia, tidak termasuk dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian 1951.

Sungguhpun begitu, negara itu mempunyai sejarah menerima golongan pelarian yang tiba di negara itu.
Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan