Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 140 juta rakyat keluar mengundi fasa pertama pilihan raya umum India

Fasa pertama pengundian bagi pilihan raya umum India bermula hari ini (11 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Apr 2019 06:04PM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 08:52PM

NEW DELHI: Fasa pertama pengundian bagi pilihan raya umum India bermula hari ini (11 Apr).

Lebih 140 juta yang layak mengundi daripada 900 juta rakyat India keluar mengundi dalam fasa pertama ini. Mereka akan mengundi di 91 kawasan undi yang terletak di 20 wilayah di merata negara itu.

Pengundian dalam tujuh fasa itu akan berlangsung sehingga 19 Mei ini sementara keputusan rasmi pula dijangka diumumkan pada 23 Mei.

Lok Sabha, atau dewan rendah parlimen India, mempunyai 543 kerusi. Sebarang parti atau gabungan parti-parti politik mesti meraih minimum 272 kerusi untuk membentuk sebuah pemerintah.

Tahap keselamatan terus diperketatkan di tengah-tengah kebimbangan akan tercetusnya keganasan berkaitan pilihan raya.

Parti pimpinan Perdana Menteri Narenda Modi, Bharatiya Janata (BJP), dijangka meraih undi majoriti disebabkan caranya mengendalikan isu dengan Pakistan.

Parti Kongres pimpinan Rahul Gandhi pula sedang berusaha memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya 2014, dengan menyelar BJP atas kegagalannya menangani isu pengangguran dan kemiskinan di kawasan pendalaman.

Sumber : Agensi berita/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan