Skip to main content

Dunia

Lebih 1.4 juta jemaah lawat Raudah sejak 6 minggu lalu

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1.4 juta jemaah lawat Raudah sejak 6 minggu lalu

Jemaah di luar Masjid Nabawi pada 24 Januari 2004. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Jun 2024 08:14AM
RIYADH: Lebih daripada 1.4 juta jemaah melawat Raudah di Masjid Nabawi, Madinah, sejak enam minggu lalu, lapor Saudi Press Agency pada Ahad (23 Jun).

762,101 jemaah lelaki dan 641,539 jemaah perempuan melawat tapak suci tersebut antara 1 Zulkaedah hingga 14 Zulhijjah, tambah SPA.

Kawasan Raudah adalah sebesar 330 meter persegi dan mempunyai kapasiti untuk menampung 800 jemaah sejam, dengan setiap individu meluangkan purata 10 minit di tapak tersebut.

Tempahan janji temu disahkan melalui aplikasi Nusuk dan Tawakkalna, dan jemaah boleh mengimbas kod QR ketika tiba di masjid. Mereka kemudian akan dibawa ke kawasan menunggu sebelum masuk ke kawasan Raudah.

Sebahagian jemaah haji sudah tiba di Madinah dengan selamat selepas menyelesaikan haji. Jalan Hijrah dan Kereta Api Laju Haramain menyaksikan jumlah jemaah yang ramai dari Makkah.

Pihak berkuasa berkenaan sedang mengawasi ketibaan jemaah haji di penginapan mereka, dengan penyelarasan bersama pejabat perkhidmatan di lapangan.

Usaha tersebut adalah sebahagian daripada perkhidmatan berdedikasi yang disediakan oleh pelbagai agensi keselamatan,perkhidmatan, kesihatan dan sukarelawan di Madinah, di bawah penyeliaan Jawatankuasa Haji di rantau itu.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita