Lebih 14 juta butir pil syabu ditemui dalam rampasan terbesar polis Thai
Di Thailand, polis menyita lebih 14 juta butir pil methamphetamine atau syabu bernilai AS$45 juta (S$62 juta) dari sebuah treler di wilayah Ayutthaya pada Sabtu lalu (18 Ogos).
THAILAND: Di Thailand, polis menyita lebih 14 juta butir pil methamphetamine atau syabu bernilai AS$45 juta (S$62 juta) dari sebuah treler di wilayah Ayutthaya pada Sabtu lalu (18 Ogos).
Rampasan dadah itu yang terbesar di Thailand setakat ini.
Polis menyatakan pil-pil itu berasal dari Myanmar dan hendak diseludup ke Malaysia. Tiga rakyat Thailand ditangkap berhubung kes ini.
Dalam laporannya pada Mei lalu Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah memberi amaran bahawa penghasilan serta pengedaran syabu di Asia Tenggara sudah mencapai tahap yang sangat membimbangkan.
Kebanyakan methamphetamine yang dihasilkan di rantau itu adalah dari kawasan Myanmar yang kurang dilaksanakan penguatkuasaan undang-undang, terutamanya di Wilayah Shan, yang sudah kian dikenali menghasilkan candu dan heroin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.