Lebih 1,200 kanak-kanak Palestin terkorban dalam perang Israel-Hamas
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/MOHAMMED ABED)
GAZA: Antara mangsa paling teruk perang Israel-Hamas adalah kanak-kanak.
Sebuah badan bukan kerajaan(NGO) Palestin menyatakan lebih 1,200 kanak-kanak Palestin maut sejak tentera Israel mengebom Carikan Gaza.
Itu berdasarkan angka dari Kementerian Kesihatan Gaza, dan tidak termasuk sekurang-kurangnya 600 kanak-kanak yang masih lagi hilang di bawah runtuhan-runtuhan bangunan yang dibom Israel.
Di antara kanak-kanak yang berada dalam keadaan ketakutan dan kebingungan adalah anak perempuan Cik Tahreer Tabash.
Dia merupakan antara enam orang anak Cik Tabash, yang kini berlindung di sebuah sekolah di Khan Younis.
Keluarganya di kalangan ratusan lagi keluarga yang mencari perlindungan di sekolah tersebut sejak Gaza teruk dihujani bom Israel.
Cik Tabash berkata, apabila malam tiba, kanak-kanak di pusat tersebut menangis sepanjang malam dan terkencing kerana ketakutan.
Beliau menambah beliau sendiri sukar menjaga anaknya sendiri dengan baik dalam keadaan itu kerana tiada keselamatan.
Jika mereka tidak mati kerana perang, mereka akan mati kerana penyakit, keluh Cik Tabash.
NGO Palestin, Defence for Children International - Palestin (DCIP) menyatakan, sejak perang bermula pada 7 Oktober, dianggarkan seorang kanak-kanak Palestin maut setiap 15 minit.
Daripada lebih 4,200 penduduk Palestin yang maut dua minggu lalu, lebih 1,200 adalah kanak-kanak, iaitu sekitar 30 peratus.
Di pihak Israel pula, daripada sekitar 1,400 penduduknya yang maut ekoran serangan besar-besaran Hamas, sekurang-kurangnya 14 adalah kanak-kanak.
Bagi Cik Tabash, jiwa anak-anaknya tidak tenteram kerana sentiasa dalam keadaan gentar dan bimbang, serta akan terlompat bangun walaupun terdengar bunyi kerusi ditarik, apa lagi bunyi serangan bom, kata beliau.

Sumber : CNA/DY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.