Skip to main content

Dunia

Lebih 120 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang Delhi dek jarak penglihatan terhad

Sekurang-kurangnya 126 penerbangan dibatalkan pada Selasa (16 Dis) apabila jarak penglihatan terhad terus menjejaskan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi, ibu negara India, untuk hari kedua berturut-turut, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 120 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang Delhi dek jarak penglihatan terhad
Keadaan di sebatang jalan yang diselubungi jerebu waktu pagi, New Delhi, India, 15 Dis 2025. (Gambar fail: AP)
Diterbitkan : 17 Dec 2025 07:38AM Dikemas Kini : 17 Dec 2025 07:39AM
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 126 penerbangan dibatalkan pada Selasa (16 Dis) apabila jarak penglihatan terhad terus menjejaskan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi, ibu negara India, untuk hari kedua berturut-turut, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Seorang pegawai Delhi International Airport Limited berkata sebanyak 49 penerbangan berlepas dan 77 penerbangan tiba dibatalkan di lapangan terbang itu berikutan jerebu tebal dan jarak penglihatan yang terhad pada waktu pagi.

Sementara itu, Lapangan Terbang Delhi turut mengeluarkan nasihat jerebu pada awal pagi Selasa, memberi amaran kepada penumpang mengenai kemungkinan kelewatan dan gangguan perjalanan.

Menurut laporan media, ratusan penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan pada Isnin (15 Dis) apabila jerebu tebal menyelubungi ibu negara India dan kawasan sekitarnya.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita