Lebih 120 anggota bomba padamkan api di Sekolah Seni Glasgow
Lebih 120 anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran besar di salah sebuah sekolah seni terulung di dunia di Glasgow, Scotland pada Jumaat malam (15 Jun).
(Gambar: Twitter/Carol Wilson)
LONDON: Lebih 120 anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran besar di salah sebuah sekolah seni terulung di dunia di Glasgow, Scotland pada Jumaat malam (15 Jun).
Api dan asap tebal menyelubungi salah satu struktur seni bina terunggul di Scotland itu, iaitu bangunan Mackintosh di Sekolah Seni Glasgow. Ia adalah kebakaran kedua yang dihadapinya dalam masa empat tahun, menurut khidmat bomba pada Sabtu.
Kebakaran bermula pada 11.15 malam waktu tempatan dan apinya kemudian merebak ke struktur-struktur berhampiran.
Punca kebakaran belum diketahui. Mujur, tiada kecederaan dilaporkan, menurut pihak bomba.
Menurut laporan media tempatan bangunan Mackintosh sedang menjalani kerja ubah elok selepas kebakaran yang dialaminya pada 2014.
Ia sepatutnya dijadualkan dibuka semula tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.