Skip to main content

Dunia

Lebih 1.2 juta penduduk terjejas akibat 2 gempa bumi di Filipina

Lebih 1.2 juta individu terjejas di seluruh Wilayah Davao di selatan Filipina susulan dua gempa bumi masing-masing dengan kekuatan 7.4 dan 6.8 magnitud yang menggegarkan Davao Oriental dan kawasan sekitarnya baru-baru ini, menurut kemas kini menyeluruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial Wilayah Davao (DSWD-11) pada Isnin (20 Okt), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1.2 juta penduduk terjejas akibat 2 gempa bumi di Filipina

Wilayah yang paling teruk terjejas akibat gempa bumi termasuk Davao Oriental, Davao de Oro dan Davao del Norte. (Gambar: REUTERS)

DAVAO CITY: Lebih 1.2 juta individu terjejas di seluruh Wilayah Davao di selatan Filipina susulan dua gempa bumi masing-masing dengan kekuatan 7.4 dan 6.8 magnitud yang menggegarkan Davao Oriental dan kawasan sekitarnya baru-baru ini, menurut kemas kini menyeluruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial Wilayah Davao (DSWD-11) pada Isnin (20 Okt), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Setakat 19 Oktober, DSWD-11 melaporkan sejumlah 1,204,148 individu daripada 275,649 keluarga di 452 barangay (kampung) merentasi 32 bandar dan majlis perbandaran terjejas akibat gegaran kuat itu.

Wilayah yang paling teruk terjejas termasuk Davao Oriental, Davao de Oro dan Davao del Norte, sekali gus mencetuskan pengerahan segera bantuan kemanusiaan.

Penilaian kerosakan menunjukkan sebanyak 1,176 rumah musnah sepenuhnya manakala 22,839 lagi mengalami kerosakan separuh.

DSWD-11 memaklumkan bahawa 679 keluarga (2,260 orang) kini berlindung di pusat pemindahan, manakala 52 keluarga (192 orang) tinggal bersama saudara mara atau di tempat perlindungan sementara di luar pusat rasmi.

Walaupun bencana itu berskala besar, agensi berkenaan memberi jaminan bahawa sumber bantuan masih mencukupi, dengan sejumlah PHP116 juta (S$2.58 juta) dalam bentuk dana siap siaga dan barangan bantuan masih ada.

Setakat ini, DSWD-11 sudah menyalurkan bantuan bernilai PHP72.6 juta (S$1.62 juta) kepada masyarakat yang terjejas, menunjukkan komitmennya terhadap tindak balas pantas dan usaha pemulihan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita