Skip to main content

Dunia

Lebih 1.18 juta jemaah tiba di Saudi jelang Hari Arafah, Aidilahha

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1.18 juta jemaah tiba di Saudi jelang Hari Arafah, Aidilahha

(Gambar fail: Bandar Aldandani/AFP)

Diterbitkan : 29 May 2025 11:57AM Dikemas Kini : 29 May 2025 11:58AM
RIYAHD: Lebih 1.18 juta jemaah haji dari seluruh dunia sudah tiba di Arab Saudi menjelang Hari Arafah dan sambutan Aidiladha, menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik Direktorat Am Pasport.

Direktorat itu melaporkan sehingga akhir Selasa (28 Mei), sejumlah 1,180,306 jemaah sudah memasuki negara itu melalui pintu masuk udara, darat dan laut.

Daripada jumlah itu, 1,115,663 jemaah tiba melalui lapangan terbang, 60,365 melalui pintu sempadan darat, dan 4,278 melalui pelabuhan laut.

Pihak berkuasa menegaskan komitmen mereka untuk memastikan kelancaran proses kemasukan jemaah, termasuk penggunaan teknologi canggih dan penempatan kakitangan pelbagai bahasa di semua pintu masuk antarabangsa.

Sementara itu, dalam pengumuman berasingan, Mahkamah Agung Arab Saudi mengisytiharkan pada Rabu, 1 Zulhijah 1446H (28 Mei) adalah permulaan Zulhijah, bulan terakhir dalam kalendar Islam.

Mahkamah turut mengesahkan bahawa Hari Arafah akan jatuh pada Khamis, 9 Zulhijah (5 Jun), diikuti dengan sambutan Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun.

Ibadah haji tahunan ini terus menarik jutaan umat Islam ke Tanah Suci, menjadikannya antara perhimpunan keagamaan terbesar di dunia.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita