Skip to main content

Dunia

Lebih 11,000 terjejas gempa bumi Afghanistan, menurut PBB

Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menganggarkan lebih 11,000 orang terjejas akibat beberapa siri gempa bumi di wilayah Herat, Afghanistan yang melanda pagi Sabtu (7 Okt), lapor agensi berita dpa.

Gempa bumi yang membabitkan sekurang-kurangnya 11 perkampungan itu memusnahkan semua rumah, kata kumpulan bantuan PBB, pada Ahad (8 Okt).

Lebih 1,000 orang terbunuh lapor agensi itu, namun pihak berkuasa Afghanistan mengatakan angka kematian melebihi 2,500 korban menurut media Afghanistan tempatan.

"Angka kematian dan bilangan isi rumah terjejas dijangka meningkat apabila kawasan terpencil dapat ditujui dan penilaian selesai," kata OCHA.

PBB pada Ahad mengeluarkan AS$5 juta (S$6.9 juta) sebagai bantuan kecemasan dan mengumumkan rayuan untuk menderma selepas pihaknya selesai menilai semua keperluan.

Lebih 550 orang cedera, termasuk 230 kanak-kanak bawah umur yang sedang dirawat di Hospital Wilayah Herat, menurut OCHA.

Bekalan bantuan awal diagihkan termasuk barangan kebersihan, makanan dan air minuman.

Awal pagi kelmarin, wilayah itu digegarkan beberapa siri gempa bumi. Dua gempa bumi paling teruk itu berukuran 6.3 pada skala Richter, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), yang memantau aktiviti gempa bumi di seluruh dunia.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita