Lebih 1,100 penduduk masih hilang akibat kebakaran hutan di Hawaii
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
LAHAINA: Seramai 1,100 orang masih hilang dalam kebakaran luar kawalan yang melanda Pulau Maui di Hawaii, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Agensi berita Sputnik memetik pihak berkuasa tempatan yang melaporkan, selain lebih 1,000 individu yang masih gagal dikesan, lebih 1,400 lagi yang pada asalnya dilaporkan hilang, sudah dijumpai selamat.
Pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan keluarga mangsa yang hilang untuk mengumpul sampel DNA bagi memudahkan proses pengecaman.
Sementara itu, pendakwa wilayah Andrew Martin berkata pihaknya akan memastikan pemberian sampel DNA itu hanya akan digunakan untuk tujuan pengecaman.
Pada Isnin (21 Ogos), Datuk Bandar Maui County Richard Bissen berkata sekurang-kurangnya 114 orang maut dan kira-kira 850 yang lain hilang dalam kebakaran itu.
Kebakaran itu berlaku akibat cuaca kering dan panas yang diburukkan lagi dengan angin kencang yang dicetuskan oleh Taufan Dora.
Beberapa penempatan termasuk bandar pelancongan terkenal, Lahaina musnah dalam kejadian itu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.