Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 11,000 kemalangan dalam tujuh hari operasi keselamatan jalan raya M'sia

 Sebanyak 11,788 kemalangan jalan raya melibatkan 17,901 kenderaan dilaporkan dalam tempoh tujuh hari Op Selamat 16/2020 bersempena Tahun Baru Cina sejak ia dilancarkan pada 18 Jan lepas sehingga semalam (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 11,000 kemalangan dalam tujuh hari operasi keselamatan jalan raya M'sia

Encik Azisman Alias. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 25 Jan 2020 09:16PM Dikemas Kini : 25 Jan 2020 09:18PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11,788 kemalangan jalan raya melibatkan 17,901 kenderaan dilaporkan dalam tempoh tujuh hari Op Selamat 16/2020 bersempena Tahun Baru Cina sejak ia dilancarkan pada 18 Jan lepas sehingga semalam (24 Jan).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Encik Azisman Alias berkata Selangor merekodkan jumlah kemalangan paling tinggi iaitu sebanyak 3,611 kes, Johor (1,824 kes), Kuala Lumpur (1,432 kes) dan Pulau Pinang (978 kes).

"Daripada 97 kemalangan maut yang direkodkan sepanjang Op Selamat kali ini, penunggang dan pembonceng motosikal merekodkan jumlah kematian paling tinggi iaitu 71 kematian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selain itu, beliau berkata sejumlah 178,906 saman dikeluarkan dan daripada jumlah itu 110,872 saman melibatkan enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu; tidak mematuhi lampu isyarat; memandu melebihi had laju; menggunakan lorong kecemasan; memotong barisan; dan memotong di garis berkembar.

Op Selamat 16/2020 yang dilancarkan pada 18 Jan bersempena perayaan Tahun Baru Cina akan berlangsung sehingga 1 Feb depan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan