Lebih 106,000 individu ditahan berkaitan kesalahan dadah sejak 7 bulan lalu
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan seramai 106,437 orang dan merampas lebih 5,000 kilogram pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM264.78 juta (S$88 juta) dalam tempoh Januari hingga 25 Julai lepas.
(Gambar hiasan: Mediacorp)
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan seramai 106,437 orang dan merampas lebih 5,000 kilogram pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM264.78 juta (S$88 juta) dalam tempoh Januari hingga 25 Julai lepas.
Pengarah JSJN Encik Mohd Khalil Kader Mohd berkata 99,407 orang yang ditahan itu terdiri daripada rakyat tempatan manakala 7,030 adalah rakyat asing.
"Dadah yang dirampas terdiri daripada dadah sintetik dan tradisional,” katanya di sini.
Beliau berkata dadah sintetik yang dirampas ialah syabu seberat 4,325.9 kg; ketamin (176.51 kg); pil ekstasi (99.98 kg); erimin 5 (63.25 kg); dan pil yaba (48.88 kg).
Dadah tradisional pula terdiri daripada ganja (550.22 kg) dan heroin (467.9 kg), katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.