Skip to main content

Dunia

Lebih 100,000 terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Sri Lanka

Anggaran Waktu Membaca:
COLOMBO: Lebih 100,000 orang terpaksa dipindahkan di 12 daerah di Sri Lanka akibat bencana berkaitan hujan sejak 7 Oktober hingga pagi Ahad (13 Okt), menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu.

DMC memaklumkan bahawa seramai 118,032 orang terjejas akibat banjir kilat, petir, pokok tumbang, tanah runtuh dan angin kencang, lapor Xinhua.

Menurut DMC, 234 rumah mengalami kerosakan.

Jabatan Meteorologi Sri Lanka memaklumkan bahawa hujan atau ribut petir dijangka melanda wilayah barat, Sabaragamuwa, wilayah barat laut, bahagian tengah dan utara Sri Lanka serta daerah Galle dan Matara.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita