Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 100,000 jemaah haji tiba di Arab Saudi

Anggaran Waktu Membaca:

MADINAH: Lebih 100,000 jemaah haji warga asing sudah tiba di Arab Saudi untuk menunaikan rukun Islam kelima yang menjelang itu, lapor Saudi Gazette. 

Setakat Isnin (13 Jun), seramai 99,884 jemaah haji sudah tiba di Arab Saudi. Bilangan itu belum termasuk jemaah haji yang tiba di tanah suci pada Selasa (14 Jun). 

Menurut laporan yang diterbitkan Agensi Kementerian Haji dan Umrah bagi Ehwal Lawatan di Madinah, jumlah jemaah yang tiba di Saudi pada Isnin (13 Jun) mencecah 17,312, manakala jemaah yang tiba melalui pelabuhan darat pula dua orang. 

Laporan itu menunjukkan perangkaan statistik umum jumlah jemaah yang tiba di Saudi menerusi semua pintu masuknya sehingga 13 Jun. Jumlah jemaah yang sudah tiba di Saudi menerusi laluan udara mencecah 99,884. 

Jumlah jemaah yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Muhammad di Madinah pada Isnin (13 Jun) adalah 13,123 dan ini belum termasuk 73,891 jemaah yang tiba di sana awal dari itu. 

Laporan itu juga menyatakan 4,539 jemaah sudah berangkat dari Madinah untuk ke Makkah pada Isnin melalui Pusat Perkumpulan Haji di Madinah manakala jumlah jemaah haji yang berangkat dari pusat itu adalah 9,131. Sementara itu, jumlah jemaah haji yang masih berada di Madinah pula seramai 68,543 jemaah.  

Agensi tersebut sedang bertungkus lumus untuk menawarkan pakej perkhidmatan kepada para jemaah haji dan pengunjung ke Masjid Nabawi. 

Ia sudahpun melakukan 189 lawatan pemeriksaan untuk menilai piawai dan mutu tempat tinggal jemaah. Ini di samping menguruskan 285 kes kehilangan tempat tinggal dan 37 kes meninggalkan tempat penginapan serta membantu 121 jemaah yang tersesat jalan untuk pulang ke tempat penginapan masing-masing. 

Selain itu, agensi tersebut juga membuat 13 lawatan pemeriksaan untuk menziarahi jemaah yang dimasukkan ke hospital dan 86 lawatan bagi menilai prestasi penyedia perkhidmatan. 

Penilaian sampel persiapan tempat tinggal jemaah haji mencapai 75 peratus, menurut agensi tersebut sambil menarik perhatian bahawa tiada jemaah yang dilaporkan hilang setakat ini. 

Agensi tersebut juga sedang berusaha untuk mempercepatkan masa yang diperlukan bagi menyelesaikan prosedur menyambut jemaah sewaktu ketibaan mereka di Saudi. 

Tahun ini, purata masa yang diperlukan bagi menyelesaikan prosedur tersebut di luar tempat rehat lapangan terbang adalah 29 minit berbanding 36 minit pada musim Haji 2019.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan