Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 10,000 rumah di Selangor terjejas banjir pada 2021

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 10,000 rumah di Selangor terjejas banjir pada 2021

Seorang mangsa banjir menyelamatkan barangan dari rumahnya yang tenggelam dalam air bah di Shah Alam, Selangor, pada 21 Dis 2021, ketika Malaysia dilanda bencana banjir terburuk. (Gambar: Arif Kartono/AFP)

SELANGOR: Kerajaan Selangor mencatatkan sebanyak 10,783 unit kediaman terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu pada penghujung tahun lalu dengan daerah Klang, Kuala Langat, Petaling dan Hulu Selangor mencatatkan jumlah tertinggi. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Rodziah Ismail berkata rumah terjejas akibat banjir itu terbahagi kepada kerosakan kecil dengan nilai kerosakan tidak lebih RM5,000 (S$1,624); kerosakan sederhana (nilai kerosakan tidak lebih RM15,000 (S$4,874)) dan kerosakan penuh (nilai kerosakan tidak lebih RM56,000 (S$18,198).

“Kebanyakan rumah terjejas ini berada di bawah kerosakan RM15,000 (S$4,874). Skop kerosakan adalah seperti pintu rumah, tingkap, struktur kecil, jeriji, sengkuap dan sebagainya. Sebanyak 44 buah rumah termasuk dalam kategori ketiga.

“Kesemua rumah itu akan dibina semula dengan peruntukan dalaman Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi rumah di kawasan bandar dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi rumah kawasan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja melihat perkembangan program baik pulih dan bina baru untuk mangsa banjir di Selangor.

Tambah Rodziah proses penyiapan baik pulih dan bina baru itu dijangka selesai sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya sudah pun mengarahkan pihak berkuasa tempatan di seluruh Selangor untuk melihat keadaan kestabilan cerun yang ada terutamanya di kawasan sensitif seperti di Ampang.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan