Skip to main content

Dunia

Lebih 10,000 kes penyakit berjangkit dikesan semasa musim banjir Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
TUMPAT: Sebanyak 10,272 kes penyakit berjangkit dikesan di enam negeri yang terkesan dengan banjir gelombang pertama baru-baru ini.

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 6,730 kes jangkitan saluran pernafasan (ARI), jangkitan kulit (3,021), kes keradangan pada lapisan usus (298), konjunktivitis (190), cacar air (20) selain penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dikesan setakat Jumaat (6 Dis).

Katanya lagi, kesemua kes penyakit berjangkit itu dilaporkan sporadik, namun para mangsa terlibat masih stabil, lapor Kosmo!.

“Bagaimanapun, tiada wabak penyakit dilaporkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Kes-kes penyakit berjangkit itu dikesan di negeri-negeri terjejas banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya, seperti dipetik Kosmo! ketika ditemui para wartawan selepas melawat mangsa banjir di PPS Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, Pengkalan Kubor Tumpat pada Sabtu (7 Dis).

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly memberitahu, orang ramai perlu peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa dan sentiasa mengambil langkah-langkah jagaan kesihatan kendiri bagi mencegah penularan penyakit berjangkit.

Menurutnya lagi, sebanyak 26 pasukan perubatan dengan 110 anggota kesihatan dari lapan negeri telah dikerahkan ke Kelantan, lapor Kosmo!.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita