Lebih 1,000 mangsa banjir Kelantan lapor kerosakan pada kediaman mereka
(Gambar: BERNAMA)
PASIR MAS: Polis Kelantan menerima lebih 1,000 aduan mengenai kerosakan rumah akibat bencana banjir yang berlaku sejak 25 Februari lalu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Muhammad Zaki Harun berkata berdasarkan laporan yang diterima, Kampung Tersang di Rantau Panjang merupakan kawasan yang paling terjejas akibat bencana tersebut.
“Jumlah laporan berkemungkinan akan bertambah susulan keadaan banjir semakin reda dan kebanyakan mangsa sudah pulang ke rumah masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada para wartawan selepas menghadiri Program Pasca Banjir di Balai Polis Rantau Panjang, Pasir Mas pada Ahad (6 Mac).
Seramai 150 orang daripada pelbagai agensi seperti Batalion 8 Pasukan Gerakan Am, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk kampung, turut hadir.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.