Skip to main content

Dunia

Lebih 1,000 burung mati dalam kes disyaki wabak H5N1 di Australia Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1,000 burung mati dalam kes disyaki wabak H5N1 di Australia Selatan

Lebih 1,000 burung ditemukan mati di beberapa pulau di luar pantai Australia Selatan dalam kejadian yang disyaki berpunca daripada selesema burung H5N1. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 20 Aug 2026 10:53PM
  • Lebih 1,000 burung, termasuk camar berjambul besar, ditemukan mati di beberapa pulau Australia Selatan akibat penularan selesema burung H5N1.
  • Pihak berkuasa bimbang dengan satu kes disyaki melibatkan burung penguin kecil di Pulau Kangaroo, yang populasinya meningkat sejak 2024.
  • Premier Peter Malinauskas menegaskan pemerintah wilayah memandang serius kejadian ini dan akan mengambil langkah melindungi hidupan liar.
  • Antara tindakan yang dipertimbangkan ialah vaksinasi bersasar terhadap burung asli dan burung yang dipelihara atau diuruskan.
Dijana oleh AI
CANBERRA: Lebih 1,000 burung ditemukan mati dalam tiga kejadian kematian melibatkan jumlah yang besar di beberapa pulau di luar pantai Australia Selatan, yang disyaki berpunca daripada selesema burung H5N1.

Menurut laporan Xinhua, Premier Australia Selatan Peter Malinauskas memberitahu parlimen wilayah pada Khamis (20 Ogos) bahawa sekumpulan burung camar berjambul besar (Crested Tern) ditemukan mati oleh pasukan pemantauan di beberapa pulau terpencil pada Rabu (19 Ogos).

Beliau berkata kematian tersebut menunjukkan peningkatan ketara penularan selesema burung di wilayah itu.

"Kematian lebih 1,000 ekor burung amat membimbangkan dan pemerintah wilayah memandang serius kejadian itu," kata Encik Malinauskas.

Australia Selatan menjadi pusat penularan H5N1 di Australia, dengan 177 kes selesema burung H5 disahkan setakat Khamis (20 Ogos), menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Selain kematian burung dalam jumlah yang besar, Encik Malinauskas berkata pihak berkuasa amat bimbang mengenai satu kes disyaki melibatkan seekor burung penguin kecil yang ditemukan di Pulau Kangaroo.

Tinjauan yang dijalankan pada Oktober 2025 menganggarkan terdapat 704 burung penguin kecil dewasa yang sedang membiak di pulau itu, meningkat daripada 530 pada 2024.

Encik Malinauskas berkata pihak berkuasa akan mengambil setiap langkah yang praktikal dan wajar bagi melindungi hidupan liar di wilayah tersebut.

Pihak berkuasa juga sedang menimbangkan vaksinasi bersasar terhadap populasi burung asli yang terdedah serta burung yang dipelihara atau diuruskan.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita