Skip to main content

Dunia

Lebih 100 tapak bersejarah bakal dibangunkan di Makkah dan Madinah

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Menteri bagi Haji dan Umrah Saudi Arabia Dr Tawfiq Al-Rabiah mendedahkan rancangan untuk membangunkan lebih 100 tapak bersejarah di Makkah dan Madinah pada Isnin (18 Sep).

"Kementerian (Haji dan Umrah), dengan penyelarasan dan kerjasama rakan-rakan daripada sebilangan agensi, akan berusaha untuk membangunkan tapak-tapak bersejarah ini dengan mutu serta piawaian yang tinggi. Program Doyof Al-Rahman bermatlamat untuk meningkatkan pengalaman bagi jemaah Haji dan Umrah, dengan menawarkan pengalaman yang kaya dan tidak boleh dilupakan di Makkah dan Madinah," ujarnya, dipetik daripada agensi berita Saudi Gazette.

Program Doyof Al-Rahman adalah salah satu daripada program eksekutif Wawasan Saudi 2023, dan melibatkan penyepaduan dan kerjasama dengan 70 entiti dalam sektor awam, privet dan bukan meraih untung.

Menteri tersebut juga mengumumkan pelancaran platform elektronik bagi tempahan tiket untuk mengunjungi tapak-tapak bersejarah dan budaya di Makkah, termasuk Gua Hira dan tapak-tapak lain yang sedang dibangunkan.

Dr. Al-Rabiah turut menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama dengan sebilangan syarikat umrah, lapor Saudi Gazette.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita