Skip to main content

Dunia

Lebih 100 pengganas Indonesia bertemu, minta maaf kepada mangsa serangan

Lebih 100 pengganas Indonesia yang disabit kesalahan, sudah bertemu dan meminta maaf kepada para mangsa serangan-serangan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Feb 2018 08:41PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 01:08AM

INDONESIA: Lebih 100 pengganas Indonesia yang disabit kesalahan, sudah bertemu dan meminta maaf kepada para mangsa serangan-serangan lalu.

Ini adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk menggalak perdamaian.

"Mesyuarat perdamaian" itu berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini (28 Feb) dengan iringan doa dan ucapan dari para menteri Indonesia.

Para mangsa dan keluarga yang terkorban begitu terkesan.

Ramai yang menyatakan serangan tersebut menggangu jiwa mereka sampai bila-bila.

Beberapa bekas pengganas melahirkan rasa kesal terhadap tindakan mereka.

Mangsa serangan turut merayu bantuan daripada pemerintah.

"Apa yang saya mahu agar tidak ribut-ribut ke rumah sakit, di mana kita boleh datang, kita boleh tanpa ada batasan waktu kerana saya ini korban cacat seumur hidup dan perlu perubatan juga seumur hidup," kata seorang mangsa serangan. 

Sumber : Agensi berita/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita