Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 100 penduduk Kampung Sungai Tiram di JB dipindah susulan banjir kilat

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Sebanyak 101 penduduk di Lorong Mak Piah, Kampung Sungai Tiram, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir kilat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Ramli berkata mereka yang terdiri daripada 31 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Raya Sungai Tiram, mulai 11.00 malam pada Rabu (1 Nov).

Beliau berkata penghulu mukim kampung berkenaan memaklumkan, hujan lebat berlaku sekitar 4.00 petang dan longgokan kayu serta sampah di jambatan sungai berdekatan telah menyekat aliran air yang seterusnya melimpah, sekali gus menyebabkan banjir setinggi satu meter.

"Pasukan keluaran operasi (PKO) terdiri daripada lapan anggota bertindak memindahkan mangsa ke PPS dengan menggunakan sebuah bot bomba sukarela dan sebuah bot orang awam. Ada juga mangsa yang berpindah sendiri ke PPS berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemantauan sentiasa dijalankan di lokasi kejadian meskipun hujan telah berhenti sekitar 6.00 petang pada Rabu.

Setakat 8.00 pagi pada Khamis, cuaca di kawasan itu dilaporkan cerah.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan