Lebih 100 kakitangan pilihan raya Indonesia maut; pemerhati saran format pengundian sehari diubah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar; AP Photo/Tatan Syuflana)
JAKARTA: Pada pukul 6.00 pagi, 14 Februari, kakitangan pilihan raya, Fahmi, memasuki lokasi yang ditugaskan di pusat pengundian di Bogor, Jawa Barat.
Namun, dia tidak tahu bahawa syifnya akan berlangsung selama 26 jam, iaitu sehingga pukul 8.00 pagi keesokan harinya.
"Kakitangan pusat pengundian lain sudah tamat pekerjaan menjelang subuh (pada 15 Feb), tetapi saya harus terus memuat naik data," kata Encik Fahmi. Sebagai seorang sukarelawan yang dibayar dalam Pasukan Penganjur Pilihan Raya (KPPS), dia bertanggungjawab dalam operasi pengundian, kiraan undi, dan memuat naik data ke dalam aplikasi penjadualan undi.
Malah daripada pulang ke rumah untuk berehat selepas tugasnya, lelaki 39 tahun itu sebaliknya meneruskan pekerjaan sepenuh masanya sebagai seorang pengatur cara komputer.
Sebanyak 114 kakitangan maut dan lebih daripada 15,000 jatuh sakit sejak 14 Februari, ketika Indonesia mengadakan pilihan raya presiden dan wakil dewan perundangan, yang digelar pilihan raya paling besar di dunia, yang diadakan dalam masa sehari.
Walaupun angka korban tahun ini turun dengan ketara, daripada hampir 900 pada 2019, iaitu kali pertama Indonesia mengadakan pilihan raya presiden dan wakil dewan perundangan pada hari yang sama, pemerhati pilihan raya dan demokrasi menggesa perubahan untuk mengurangkan tekanan ke atas kakitangan.
Tahun ini, lebih daripada 5.7 juta kakitangan pilihan raya bertugas di lebih 820,000 pusat undi merata negara, yang mempunyai 204.8 juta pengundi yang layak.
"MASALAH PADA SISTEM"
Angka korban dan penyakit tersebut adalah "masalah pada sistem", kata Encik Heroik Pratama, seorang penyelidik di Persatuan Pilihan Raya dan Demokrasi (Perludem), sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
Ini disebabkan format pilihan raya sehari, yang menyebabkan beban kerja yang tinggi untuk kakitangan pilihan raya, katanya.
Selain mengundi presiden pada 14 Februari, warga Indonesia juga mengundi untuk 580 anggota Dewan Perwakilan Rakyat dan 152 anggota Dewan Perwakilan Daerah, yang membentuk parlimen. Kira-kira 9,900 calon bertanding bagi kerusi bagi Dewan Perwakilan Rakyat.
Pada masa yang sama, warga Indonesia mengundi penggubal undang-undang mereka di peringkat wilayah, daerah dan kabupaten. Kira-kira 250,000 calon bertanding untuk kira-kira 20,000 kerusi.
TIADA TEMPOH BEREHAT UNTUK ELAK PENIPUAN
Tiada tempoh berehat dalam proses pengundian dan pengiraan untuk mengelak daripada keraguan dan penipuan, kata Encik Heroik.
"Ini menyebabkan beban kerja yang tinggi, oleh itu kakitangan rasa letih dan jatuh sakit."
Angka korban yang rendah pada tahun ini disebabkan perubahan yang dibuat sejak 2019, dedah Kementerian Kesihatan Indonesia.
Tahun ini, pemerintah menghadkan umur kakitangan pengundian kepada 55 tahun, dan menjalankan saringan kesihatan.
Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin mengaku bahawa lebih banyak boleh dilakukan, seperti ketika menjalankan saringan kesihatan, lapor Jakarta Post.
Encik Fahmi dan seorang lagi pegawai KPPS, Encik Andri Maulana, berkata mereka diberi vitamin untuk menguatkan ketahanan diri mereka bagi hari pilihan raya. Namun beban kerja yang dilalui sangat berat.
UBAH FORMAT, GESA PAKAR
Beberapa pakar percaya bahawa format pilihan raya harus diubah untuk menyelamatkan nyawa kakitangan.
Isu seperti kertas undi yang lambat sampai, hilang atau ditukar dengan daerah pilihan raya lain menambah tekanan kepada kakitangan, yang terpaksa "menunggu dan meluangkan lebih banyak masa" untuk bekerja, kata pakar undang-undang pilihan raya Titi Anggraini dari Universiti Indonesia.
Cik Titi dan Encik Heroik mencadangkan untuk mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen pada hari yang sama, manakala pilihan raya peringkat wilayah, daerah dan kabupaten diadakan pada hari yang berbeza.
Pilihan raya tersebut boleh diadakan selang dua tahun. Aturan sedemikian "lebih sesuai untuk Indonesia", kata Cik Titi.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.