Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 100 juta vaksin COVID-19 ditolak negara-negara miskin pada Disember: UNICEF

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100 juta vaksin COVID-19 ditolak negara-negara miskin pada Disember: UNICEF

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Jan 2022 09:26PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 09:26PM

BRUSSELS: Negara-negara miskin pada bulan lalu menolak lebih 100 juta dos vaksin COVID-19 yang diedarkan program sedunia COVAX, kebanyakannya disebabkan tarikh luput yang singkat.

Demikian menurut seorang pegawai UNICEF hari ini (13 Jan). 

"Lebih 100 juta dos vaksin tidak diterima pada Disember sahaja," kata Pengarah Divisyen Bekalan di agensi PBB UNICEF Etleva Kadili kepada para penggubal undang-undang semasa Parlimen Eropah. 

Sebab utama ia ditolak adalah penghantaran dos-dos yang mempunyai tarikh luput yang singkat, katanya. 

Negara-negara miskin juga terpaksa menunda bekalan vaksin kerana tidak cukup kemudahan penyimpanan, kata Cik Kadili, termasuk kekurangan peti sejuk untuk menyimpan vaksin-vaksin tersebut.

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa