Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 100 juta jemaah ziarahi Masjidil Haram sejak awal Hijrah 1444

Lebih 100 juta jemaah telah keluar masuk Masjidil Haram sejak awal tahun  Hijrah 1444.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100 juta jemaah ziarahi Masjidil Haram sejak awal Hijrah 1444

Gambar fail Kaabah di Masjidil Haram. (Gambar: AFP)

ARAB SAUDI: Lebih 100 juta jemaah telah keluar masuk Masjidil Haram sejak awal tahun  Hijrah 1444.

Demikian menurut Presiden Jabatan Ehwal Dua Masjid Suci, Dr Abdulrahman Al-Sudais.

Menurutnya, lagi 1.19 juta jemaah pula dapat beribadah di Hijr Ismail sejak awal tahun ini.

Dr Al-Sudais mendedahkan perangkaan itu di sesi kedua Forum Saintifik Haji dan Umrah ke 22 di Makkah.

Lebih 1.5 juta orang lagi mendapat manfaat daripada khidmat pengangkutan yang disediakan di Makkah.

Pada minggu lalu, pihak berkuasa Saudi melancarkan khidmat bas ulang-alik percuma dari Lapangan Terbang Antarabangsa di Jeddah ke Masjidil Haram bagi semua jemaah umrah.

Sumber : Agensi berita/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan