Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 100 anggota kumpulan pemisah Kashmir diberkas jelang pilihan raya umum

Lebih 100 anggota kumpulan pemisah di Kashmir diberkas dalam serbuan sepanjang malam. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100 anggota kumpulan pemisah Kashmir diberkas jelang pilihan raya umum

(Gambar: Danish Ismail/AFP)

Diterbitkan : 23 Feb 2019 08:42PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 08:46PM

SRINAGAR/NEW DELHI: Lebih 100 anggota kumpulan pemisah di Kashmir diberkas dalam serbuan sepanjang malam.

Polis India menyatakan serbuan itu sebahagian daripada tindakan terhadap kumpulan-kumpulan yang mungkin menyebabkan kekacauan menjelang pilihan raya umum pada Mei depan.

Gerakan tersebut dilancarkan ekoran serangan bom nekad meragut nyawa sekurang-kurangnya 40 pegawai keselamatan India pada 14 Februari lalu.

Pemerintah India sudah memberi amaran bahawa pihaknya akan menggunakan apa sahaja cara dalam kuasanya untuk bertindak balas terhadap serangan yang diakui dilakukan oleh kumpulan militan dari Pakistan, Jaish-e-Mohammed.

Seorang pegawai polis kanan di Kashmir berkata, ketibaan lebih ramai askar dan penangkapan para pemimpin dan penggiat kumpulan pemisah adalah untuk memastikan pilihan raya Mei depan dijalankan dengan bebas dan adil. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan