Lebih 10 orang ditembak mati dalam pembunuhan beramai-ramai di Kanada
Seorang lelaki bersenjata di wilayah Nova Scotia di Kanada menembak mati lebih daripada 10 orang termasuk seorang pegawai polis wanita; dalam serangan tembakan selama 12 jam, menurut pihak berkuasa pada Ahad (19 Apr).
(Gambar: AP)
PORTAPIQUE: Seorang lelaki bersenjata di wilayah Nova Scotia di Kanada menembak mati lebih daripada 10 orang termasuk seorang pegawai polis wanita; dalam serangan tembakan selama 12 jam, menurut pihak berkuasa pada Ahad (19 Apr), dalam tindakan pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat di negara itu dalam 30 tahun.
Polis Berkuda Diraja Kanada (RCMP)menyatakan Gabriel Wortman, 51 tahun membawa kereta yang disamar sebagai kenderaan peronda polis - menembak beberapa orang di beberapa lokasi di seluruh wilayah Atlantic itu. Pihak berkuasa menyatakan mereka masih cuba mengesahkan angka korban keseluruhan.
Polis menambah bahawa Wortman maut namun,enggan mengesahkan satu laporan CTV bahawa dia ditembak dan dibunuh oleh RCMP.
"Hari ini merupakan hari yang amat sedih bagi Nova Scotia, dan ia akan terpahat dalam ingatkan kami buat masa yang lama," kata pegawai komander bagi RCMP di Nova Scotia Lee Bergerman. Pegawai polis wanita yang terbunuh merupakan seorang pegawai RCMP.
Pembunuhan beramai-ramai itu dipercayai adalah yang terburuk sejak seorang lelaki bersenjata membunuh 15 wanita di Montreal pada Disember 1989. Seorang lelaki yang memandu van dengan sengaja merempuh dan membunuh 10 orang di Toronto pada April 2018.
Kejadian pembunuhan beramai-ramai jarang berlaku di Kanada yang mempunyai undang-undang kawalan senjata api lebih ketat berbanding Amerika Syarikat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.