Skip to main content

Dunia

Lebih 10 gempa susulan dicatat dalam tempoh 14 jam selepas gempa 7.5 Richter Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 10 gempa susulan dicatat dalam tempoh 14 jam selepas gempa 7.5 Richter Jepun
(Gambar: Reuters)
Diterbitkan : 09 Dec 2025 07:43PM Dikemas Kini : 10 Dec 2025 12:46AM
TOKYO: Lebih 10 gempa susulan dicatatkan di Jepun dalam tempoh 14 jam menyusuli gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud yang melanda utara negara itu, menurut data Agensi Kaji Cuaca Jepun (JMA) pada Selasa (9 Dis), lapor agensi berita Sputnik.

Sebanyak 14 gegaran direkodkan antara 3.6 hingga 6.4 skala Richter dan kedalaman antara 10 hingga 50 kilometer (km).

Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud itu melanda wilayah Aomori, sekali gus mencetuskan amaran tsunami di sepanjang pantai timur laut Pulau Honshu dan pantai timur Pulau Hokkaido.

Ketinggian maksimum tsunami mencecah 70 sentimeter (cm). Amaran itu ditarik balik kira-kira enam jam selepas gempa berlaku.

Pusat gempa terletak 54km di bawah dasar laut di luar pantai timur Aomori, dengan gegaran mencatat tahap lebih enam pada skala intensiti tujuh peringkat di Jepun. Seramai 30 orang dilaporkan cedera.

Sejak seminggu lalu, kerajaan Jepun dan pihak berkuasa meteorologi memberi amaran mengenai risiko lebih tinggi berlakunya gempa bumi besar di kawasan utara Hokkaido dan rantau Sanriku di timur laut Jepun.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita