Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 10,300 kes jenayah dicatat di Johor pada tahun 2018

Indeks jenayah di negeri itu menurun sebanyak 968 kes tahun lepas (2018) kepada 10,339 daripada 11,307 kes tahun sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 10,300 kes jenayah dicatat di Johor pada tahun 2018

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 01 Jan 2019 11:11PM Dikemas Kini : 01 Jan 2019 11:15PM

JOHOR BAHRU: Indeks jenayah di negeri itu menurun sebanyak 968 kes tahun lepas (2018) kepada 10,339 daripada 11,307 kes tahun sebelumnya.

Ketua Polis Johor Encik Mohd Khalil Kader Mohd berkata jumlah itu membabitkan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda yang menunjukkan penurunan sebanyak 8.56 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

"Daripada 10,339 kes itu, sebanyak 3,881 kes daripadanya merupakan curi motosikal yang turut menyaksikan penurunan tahun lepas berbanding 4,104 kes pada 2017 khususnya meliputi daerah Johor Bahru Utara, Iskandar Puteri dan Muar," katanya kepada para wartawan, hari ini (1 Jan).

Encik Mohd Khalil berkata bagi statistik Ops Dadu pula, sebanyak 3,667 operasi dijalankan sepanjang tahun lepas dengan penahanan seramai 7,503 individu.

Beliau berkata sebanyak 9,147 mesin perjudian turut dirampas dalam tempoh sama manakala nilai keseluruhan rampasan wang tunai pula dianggarkan sebanyak RM1.2 juta (S$395,000).

Katanya, bagi jenayah narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor berjaya menahan seramai 15,891 individu sepanjang tahun lepas, atas pelbagai kesalahan dadah.

"Seramai 2,696 individu ditahan atas kesalahan bekalan, 5,365 atas kesalahan memiliki dadah, 7,733 atas kesalahan menggunakan dadah manakala 97 lagi atas kesalahan lain-lain.

"JSJN Johor juga berjaya merampas dadah pelbagai jenis sebanyak 709.44 kilogram dengan nilai keseluruhan berjumlah RM25.66 juta (S$8.5 juta)," katanya.

Beliau menambah, sejumlah RM12.18 juta (S$4 juta) harta turut disita dari pengedar dadah sepanjang tahun lepas yang meliputi wang tunai sebanyak RM2.9 juta (S$955,000).  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan