Lebih 1 juta rakyat Perancis sertai tunjuk perasaan bantah pembaharuan pencen
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Charly Triballeau)
PARIS: Lebih 1 juta rakyat Perancis menyertai tunjuk perasaan pada Khamis (23 Mac), menolak usul rang undang-undang pembaharuan pencen pemerintah yang akan menaikkan umur persaraan daripada 62 tahun kepada 64 tahun, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis.
Bagaimanapun, kesatuan terbesar Perancis, Konfederasi Buruh Am (CGT) memaklumkan bahawa kira-kira 3.5 juta orang mengambil bahagian dalam bantahan di seluruh negara, lapor Xinhua.
Peristiwa Khamis menandakan tindakan mobilisasi umum kesembilan di seluruh negara sejak Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne minggu lalu mengumumkan perlembagaan yang membenarkan pemerintah meluluskan rang undang-undang pembaharuan pencen.
Bimbang tunjuk perasaan bertukar ganas, 12,000 anggota polis dikerahkan di seluruh negara, termasuk 5,000 pegawai di Paris.
Walaupun kebanyakan bantahan berlangsung secara aman, terdapat beberapa penunjuk perasaan yang bertempur dengan pasukan polis.
Ia menyebabkan sekurang-kurangnya 123 anggota pasukan keselamatan cedera, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin.
Polis Perancis menggunakan gas pemedih mata dan anjing polis bagi menyuraikan para penunjuk perasaan.
Pemerintah terpaksa menutup tempat-tempat bersejarah pada Khamis, termasuk Istana Versailles dan Menara Eiffel berikutan tunjuk perasaan.
Majlis jamuan malam yang dijadualkan di Istana Versailles, antara Presiden Perancis Emmanuel Macron dengan Raja United Kingdom Charles III semasa lawatan negara akan datang, turut diubah atas sebab keselamatan.
Encik Macron berkata pada Rabu (22 Mac) bahawa rancangan pembaharuan pencen pemerintah harus menjadi undang-undang "sebelum akhir tahun".
Di bawah rancangan pembaharuan itu, umur persaraan yang sah akan dinaikkan secara berperingkat, daripada 62 tahun kepada 64 tahun menjelang 2030, dan pencen minimum akan diperkenalkan.
Pelan itu turut menetapkan bahawa pada 2027, pekerja perlu berkhidmat selama 43 tahun sebelum layak mendapat pencen penuh.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.