Lebih 1,000 tanglung dilepaskan ke udara bagi raikan berakhirnya Tahun Baru Cina
Rakyat tempatan dan para pengunjung dari luar negara berkumpul di acara Pesta Tanglung di Pingxi, bagi menyaksikan lebih 1,000 tanglung dilepaskan ke udara pada waktu malam.
PINGXI: Rakyat tempatan dan para pengunjung dari luar negara berkumpul di acara Pesta Tanglung di Pingxi, bagi menyaksikan lebih 1,000 tanglung dilepaskan ke udara pada waktu malam.
Pada masa dahulu, tanglung sering digunakan sebagai wadah komunikasi dalam kalangan para penduduk desa yang menetap di kawasan pergunungan. Tanglung juga sering digunakan dalam upacara keagamaan rakyat tempatan.
Antara mereka yang menghadiri acara itu termasuk para pengunjung yang tinggal jauh dari Taiwan seperti Hiroshi Fukahori yang berasal dari Jepun. Malah, menurutnya, acara itu adalah alasan utama untuk beliau melawat Taiwan.
Seorang lagi dari Filipina juga mengatakan pemandangan pada malam itu di mana tanglung-tanglung dilepaskan ke udara sebagai sesuatu yang menakjubkan.
Pesta Tanglung diraikan setiap tahun pada malam bulan penuh atau pada hari ke-15 Tahun Baru Cina. Ia juga menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.