Lebih 1,000 pelajar Orang Asli ke sekolah naiki pacuan 4 roda
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) melantik beberapa kontraktor untuk menghantar seramai 1,081 pelajar Orang Asli yang tinggal di kampung pedalaman ke sekolah pada Rabu (1 Jan).
Gambar fail pelajar di sekolah Malaysia. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) melantik beberapa kontraktor untuk menghantar seramai 1,081 pelajar Orang Asli yang tinggal di kampung pedalaman ke sekolah pada Rabu (1 Jan).
Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid, berkata para pelajar itu dihantar menggunakan 30 buah kenderaan pacuan empat roda yang melalui jalan balak.
“Walaupun masih ada jalan rosak dan berselut menghubungkan bandar tetapi ia boleh dilalui namun perlu berhati-hati bagi memastikan pelajar terlibat sampai ke sekolah dengan selamat,” katanya.
Beliau menambah daripada jumlah pelajar itu, seramai 511 orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1 (SMKTIP1) dan SMKTIP2, SMK Seri Wangi, SMK Tengku Bendahara, SMK Bandar Chiku.
"Seramai 570 orang lagi terdiri daripada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Balar, Bihai, Pasik, Pulat dan Kuala Betis. Tugas mengangkut mereka bermula pada 6.00 pagi ini dan kesemua mereka ditempatkan di asrama sekolah masing-masing," kata Encik Hashim.
Menurut beliau, kebanyakan pelajar itu tinggal di kampung pedalaman sekitar Pos Bihai, Tohoi, Belatim, Simpor, Kuala Wok, Pasik, Pulat dan Pos Gob.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.