Skip to main content

Dunia

Lebah bersarang dalam mata, mujur tidak buta

Seorang wanita yang berasa pedih pada bahagian matanya terkejut apabila diberitahu ia berpunca daripada lebah.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebah bersarang dalam mata, mujur tidak buta

Gambar hiasan. (Gambar: REUTERS/Amr Abdallah Dalsh)

Diterbitkan : 11 Apr 2019 10:21AM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 10:23AM

TAIPEI: Seorang wanita yang berasa pedih pada bahagian matanya terkejut apabila diberitahu ia berpunca daripada lebah.

Lebih tepat lagi, menurut laporan Astro Awani, empat lebah kecil "bersarang" di dalam matanya lalu menyebabkan ia bengkak.

Dalam kejadian yang berlaku di Taiwan itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai He, 28 tahun, berkata beliau sedang membersihkan kawasan perkuburan saudaranya.

He kemudian terasa pedih pada mata kirinya namun hanya beranggapan ia akibat habuk yang berterbangan.

Sangkaannya itu menimbulkan kebimbangan apabila kepedihan yang dirasai tidak surut-surut.

Selepas beberapa jam, mata He mula membengkak dan beliau langsung bergegas untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Doktor yang merawat He terperanjat apabila menjumpai empat lebah kecil berukuran kira-kira 4 milimeter di bawah kelopak matanya, lapor Astro Awani.

Menurut laporan Astro Awani, He walau bagaimanapun bernasib baik kerana tidak menggosok matanya - satu faktor yang berkemungkinan merosakkan kornea dan boleh menyebabkan beliau menjadi buta.

Lebah kecil, dikenali sebagai Helictidae, ialah sejenis lebah yang tidak agresif dan tertarik dengan peluh manusia.

Ketika berada di dalam mata He, lebah berkenaan dipercayai mendapatkan kelembapan dan garam daripada saluran air matanya.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita