Le Minh Hung dipilih sebagai PM Vietnam
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Vietnam Le Minh Hung. (Gambar: Dang ANH / AFP)
HANOI: Dewan Undangan Negeri Vietnam ke-16 pada Selasa (7 Apr) memilih Le Minh Hung sebagai perdana menteri negara itu bagi penggal 2026 hingga 2031, dengan sokongan penuh daripada semua wakil yang hadir pada sesi pertama, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Pada sesi itu, kesemua 495 anggota perundangan mengundi menyokong resolusi meluluskan pelantikannya.
Resolusi itu mengesahkan bahawa Encik Hung iaitu anggota Politburo, Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti, Pengerusi Suruhanjaya Organisasi Jawatankuasa Pusat Parti dan wakil kepada Perhimpunan Kebangsaan (NA) ke-16 akan berkhidmat sebagai perdana menteri bagi penggal 2026 hingga 2031.
Selepas pemilihannya, Encik Hung mengangkat sumpah jawatan dengan berikrar taat setia kepada tanah air, rakyat dan Perlembagaan, serta berjanji akan menunaikan segala tugas yang diamanahkan oleh parti, negara dan rakyat.
Awal dari itu, pada hari yang sama, NA meluluskan resolusi berhubung struktur organisasi pemerintah bagi penggal 2026 hingga 2031 dan meluluskan senarai calon bagi jawatan perdana menteri menerusi sistem pengundian elektronik.
Perdana Menteri kemudian dipilih melalui undian sulit.
Selepas keputusan undian diumumkan, Setiausaha Agung NA dan Pengerusi Pejabat NA Le Quang Manh membentangkan draf resolusi mengenai pemilihan Perdana Menteri, yang kemudian diluluskan oleh badan perundangan itu.
Dilahirkan pada 1970 di Tu My, wilayah Ha Tinh, Encik Hung memiliki kelulusan akademik dalam teori politik, ijazah sarjana dalam dasar awam, serta ijazah sarjana muda dalam bahasa Perancis.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.