Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Layanan terhadap burung kiwi di taman haiwan AS cetus kemarahan New Zealand

Anggaran Waktu Membaca:
WELLINGTON: Layanan terhadap burung kiwi di sebuah taman haiwan di Amerika Syarikat mencetuskan kemarahan di New Zealand, dengan petisyen dilancarkan pada Selasa (23 Mei) untuk menyelamatkan haiwan asli itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Taman Haiwan Miami mengenakan bayaran kira-kira AS$20 (S$26) ke atas pengunjung bagi pengalaman mendekati burung malam yang dipanggil Paora.

Video yang dikongsi secara online oleh taman haiwan tersebut menunjukkan seekor Paora dibelai dan dirakam dalam swafoto di bawah cahaya terang.

Jabatan Pemuliharaan New Zealand menghargai mereka yang menyuarakan kebimbangan tentang burung itu.

"Walaupun kiwi luar pesisir diurus secara berasingan, kami akan membincangkan situasi itu dengan Persatuan Taman Haiwan dan Akuarium Amerika bagi menangani beberapa masalah mengenai pengendalian burung itu yang dibangkitkan," katanya di Twitter.

Petisyen untuk "menyelamatkan kiwi yang dianiaya ini" telah dilancarkan secara online.

"Paora telah dijinakkan dan terdedah kepada pencahayaan terang empat hari seminggu, dikendalikan oleh berpuluh-puluh orang yang tidak dikenali, dibelai pada misai sensitifnya, ditertawakan dan diperagakan seperti mainan.

"Kiwi adalah Taonga (harta karun) kami yang berharga, bukan mainan Amerika," menurut petisyen itu.

Penganjur berharap petisyen itu akan "mendorong siasatan" terhadap keadaan burung itu dan menempatkannya di tempat yang lebih sesuai.

Telur Paora dihantar ke Taman Haiwan Miami pada tahun 2019 sebagai sebahagian daripada perjanjian pinjaman khas antara Smithsonian National Zoo dan pemerintah New Zealand.

Burung-burung itu yang tidak boleh terbang merupakan ikon negara New Zealand dan lambang tidak rasmi negara tersebut.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan