Lawatan Jokowi ke M'sia diharap hurai pelbagai isu tertangguh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Pertemuan empat mata antara pemimpin tertinggi Malaysia dan Indonesia pada Khamis (8 Jun) mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kesepakatan bagi menyelesaikan pelbagai isu melibatkan kedua-dua negara yang tertangguh sejak berpuluh tahun.
Sambil menyifatkan keakraban kedua-dua negara jiran itu sebagai luar biasa, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata, perkara itu terbukti dalam sejarah hubungan dua hala Malaysia-Indonesia sejak sekian lama, lapor Astro Awani.
"Kerjasama dua hala Malaysia-Indonesia sampai ke tahap yang sangat membanggakan dan (perjanjian persefahaman - MoU) ini akan memberi faedah dan manfaat bukan sahaja kepada pemerintah dan kerajaaan tetapi juga kepada rakyat Malaysia dan Indonesia."
"Umpamanya kalau kita teliti beberapa perjanjian hari ini, dalam pertemuan saya di Bagor (Indonesia), Presiden secara santai beritahu saya - Anwar rundingan ini dah berpuluh tahun tidak mampu selesaikan... jadi komitmen Presiden itu sangat jelas.
"Itu sangat akrab dan memudahkan, saya berbangga pemimpin kedua-dua negara hari ini, kita dapat selesaikan satu isu yang telah kita runding selama berpuluh tahun," katanya dalam sidang media bersama di
Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pada Khamis (8 Jun).
Encik Anwar dan Presiden Joko Widodo turut menyaksikan pertukaran enam instrumen perjanjian dua hala, menurut Astro Awani.
Encik Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi kini dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula Rabu (7 Jun).
Encik Jokowi diiringi isterinya, Iriana Joko Widodo serta menteri Kabinet dan pegawai kanan republik itu.
Lawatan Encik Jokowi disifatkan cukup signifikan dalam usaha meningkatkan hubungan erat yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara.
Kali terakhir Encik Jokowi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia adalah pada 2019 selepas dilantik semula bagi penggal kedua menerusi Pilihan Raya Presiden pada 17 April.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.