Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lawatan Hun Sen ke Myanmar cetus keprihatinan negara anggota ASEAN

Anggaran Waktu Membaca:
 Lawatan Hun Sen ke Myanmar cetus keprihatinan negara anggota ASEAN

(Gambar: National Television of Cambodia (TVK)/AFP/File/An Khoun SamAun)

MALAYSIA: Menteri Luar Malaysia berkata beberapa negara Asia Tenggara meluahkan keprihatinan berhubung lawatan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, ke Myanmar minggu lalu.

Mereka bimbang lawatan ini mungkin dilihat sebagai pengiktirafan serantau terhadap pemerintah tentera negara itu.

Komen itu dibuat menyusuli pertemuan Encik Hun Sen dengan ketua tentera Myanmar, Min Aung Hlaing beberapa hari lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa ASEAN agar mengambil pendekatan inklusif terhadap krisis di Myanmar.

Utusan khas Noeleen Heyzer mengadakan rundingan secara maya dengan Perdana Menteri Hun Sen, selaku pengerusi ASEAN tahun ini.

Cik Heyzer menyeru agar pertempuran dihentikan di Myanmar bagi memajukan Konsensus Lima Perkara ASEAN yang tertunggak.

Cik Heyzer juga menyokong langkah-langkah membina keyakinan melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk pertubuhan bersenjata etnik Myanmar.

Kemelut di Myanmar sudah berlanjutan hampir setahun dengan pasukan tentera menghalang bantahan dan pertempuran beberapa kumpulan etnik bersenjata.

Sekurang-kurangnya 1,500 orang awam sudah terbunuh.

Sumber : CNA/EM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan