Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laungan "Bossku, Lawan Tetap Lawan" sambut ketibaan Najib di mahkamah

Anggaran Waktu Membaca:
Laungan "Bossku, Lawan Tetap Lawan" sambut ketibaan Najib di mahkamah

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 23 Aug 2022 12:26PM Dikemas Kini : 23 Aug 2022 01:16PM
PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tiba di Istana Kehakiman di Putrajaya pada pukul 9.20 pagi Selasa (23 Ogos).

Ketibaan beliau disambut lebih 100 penyokongnya, yang mula memenuhi kawasan luar bangunan mahkamah tersebut sejak awal pagi, seperti dilaporkan oleh Astro AWANI,

Mereka yang dilihat berkumpul sejak pukul 7.30 pagi itu tidak berganjak, menanti ketibaan Encik Najib dan melaungkan pelbagai kata-kata semangat buatnya.

Laungan seperti "Bossku", "Lawan Tetap Lawan", "Hidup Bossku" dan "Parlimen Pekan" kedengaran semakin kuat ketika Encik Najib tiba di mahkamah, lapor Astro AWANI.

Kenderaan membawa Encik Najib yang turut membawa anaknya, Nooryana Najwa, berhenti seketika di hadapan kumpulan penyokong tersebut.

Ahli Parlimen Pekan itu kemudiannya keluar dari kereta sebentar untuk bertemu para penyokongnya, membuatkan suara sorakan mereka semakin kuat, lapor Astro AWANI.

Selepas itu, Encik Najib memasuki semula kenderaan dan masuk ke dalam bangunan mahkamah untuk menyambung prosidingnya.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan