Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Latihan sistem AI lebih berkuasa dari GPT-4 digesa dihentikan 6 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
MASSACHUSETTS: Latihan sistem Kecerdasan Buatan (AI) yang lebih berkuasa daripada GPT-4 digesa agar dihentikan selama enam bulan, disebabkan potensi risiko terhadap masyarakat dan kemanusiaan.

GPT-4 ialah sistem paling canggih OpenAI - iaitu sebuah syarikat kajian dan pengerahan AI - dan model pembelajaran mesin rangkaian saraf yang dilatih untuk menjana sebarang jenis teks.

Gesaan itu dibuat menerusi satu surat terbuka, yang menyebut nama Elon Musk dan sekumpulan pakar AI serta eksekutif industri, oleh pertubuhan bukan untuk untung Future of Life Institute.

Surat yang ditandatangani lebih 1,00 orang itu, menggesa agar pembangunan sistem AI canggih dihentikan sementara sehingga protokol-protokol keselamatan yang dikongsi bersama bagi rekaan-rekaan sedemikian diadakan, dilaksanakan dan diaudit oleh para pakar bebas.

Senarai nama yang tertera dalam surat tersebut termasuk Elon Muck, Pengasas Bersama Apple Steve Wozniak dan CEO Stability AI Emad Mostaque.

"Sistem AI yang berkuasa hanya patut dibangunkan selepas kita sudah yakin bahawa kesannya positif dan risiko boleh dikawal," menurut surat itu.

Surat itu juga membincangkan potensi risiko kepada masyarakat dan tamadun oleh sistem AI yang berdaya saing manusia dalam bentuk gangguan ekonomi dan politik, dan menyeru pemaju supaya bekerjasama dengan penggubal dasar mengenai tadbir urus dan pihak berkuasa kawal selia.

Surat itu dikeluarkan ketika pasukan polis EU Europol pada Isnin (27 Mac) menyertai paduan suara kebimbangan etika dan undang-undang terhadap AI lanjutan seperti ChatGPT dan memberi amaran tentang kemungkinan penyalahgunaan sistem dalam pancingan data, maklumat salah dan jenayah siber.

Sejak dikeluarkan tahun lalu, ChatGPT OpenAI yang disokong Microsoft mendorong pesaing untuk melancarkan produk yang serupa, dan syarikat-syarikat untuk menyepadukannya atau teknologi serupa ke dalam aplikasi dan produk mereka.
Sumber : Reuters/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan