Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Latihan Shoalwater Bay peluang penting asah keupayaan SAF: Dr Maliki

Sekitar 3,000 pegawai dari Tentera dan Angkatan Udara Republik Singapura mengambil bahagian dalam Latihan Wallaby yang sedang berlangsung di Queensland, Australia. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Oct 2019 06:54PM Dikemas Kini : 05 Oct 2019 10:40PM

QUEENSLAND: Sekitar 3,000 pegawai dari Tentera dan Angkatan Udara Republik Singapura mengambil bahagian dalam Latihan Wallaby yang sedang berlangsung di Queensland, Australia.

Latihan selama lebih enam minggu itu merupakan antara latihan terbesar Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang dijalankan di luar negara.

Menteri Negara Kanan Pertahanan Dr Mohd Maliki Osman menyaksikan sendiri demonstrasi operasi mencari dan menyelamat, dari helikopter.

Beliau juga menaiki sebuah kenderaan tentera untuk mengalami sendiri laluan mencabar di kawasan Latihan Shoalwater Bay, yang empat kali lebih besar daripada saiz Singapura.

Dr Maliki yang akan berada di sana sehingga esok (6 Okt) berkata, latihan itu mencerminkan hubungan pertahanan kukuh antara Singapura dengan Australia.

Beliau menambah, latihan realistik seperti itu penting untuk mengasah keupayaan SAF.

"Kita boleh memastikan bahawa setiap anggota SAF berlatih dengan bersungguh-sungguh berlatih dengan sebenar-benarnya, bagaimana mereka melihat keupayaan mereka sendiri. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan oleh pemerintah Australia," kata Encik Maliki. 

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan