Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Latihan pertama bersama ASEAN, China libatkan 1,200 anggota tentera laut

Seramai 1,200 anggota tentera laut dari 10 buah negara ASEAN dan China memulakan latihan bersama buat pertama kalinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Oct 2018 06:19PM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 09:34PM

ZHANJIANG: Seramai 1,200 anggota tentera laut dari 10 buah negara ASEAN dan China memulakan latihan bersama buat pertama kalinya.

Setiap negara menghantar lapan kapal tentera yang berlepas dari bandar pelabuhan Zhanjiang, China.

Latihan selama seminggu itu memberi tumpuan kepada pelbagai bidang operasi termasuk keselamatan maritim, pemindahan mangsa yang cedera serta gerakan mencari dan menyelamat.

Latihan tersebut diadakan ketika keadaan masih tegang berikutan perebutan wilayah di Laut China Selatan.

China menuntut hak ke atas hampir seluruh kawasan perairan strategik itu.

Beberapa negara anggota ASEAN termasuk Vietnam, Filipina dan Brunei juga menuntut hak wilayah di laut itu.

Latihan tentera itu diharap dapat membantu meredakan ketegangan dan membina rasa saling percaya antara China dengan ASEAN.

Sumber : CNA/SS/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan